Tourism Malaysia perkenal pakej ransang sektor pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 30 April 2021
Read News

PERAK:

Tourism Malaysia Wilayah Utara memperkenalkan 10 pakej pelancongan pada harga rendah dalam usaha merangsang kembali sektor pelancongan secara terkawal bersesuaian dengan keadaan semasa negara.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, M Yoganthiran berkata, pakej pelancongan antara Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis adalah bagi memberi nilai tambah kepada pelancong.

Menurutnya, pakej lawatan dan bermalam bagi keluarga atau kumpulan kecil diperkenalkan dengan menyenaraikan pelbagai pilihan lokasi-lokasi menarik untuk diteroka pelancong.

"Pelancong boleh menghabiskan percutian ke Perak dan Pulau Pinang dengan bermalam walaupun dalam masa singkat menerusi pakej menarik yang diperkenalkan pada harga berpatutan.

“Contohnya, kita memperkenalkan pakej berkembar seperti bermalam di Ipoh dan malam berikutnya di hotel lain di Pulau Pinang pula. Cara ini pelancong dapat merasai pengalaman berada di dua negeri berbeza," katanya.

Yoganthiran berkata, pakej-pakej itu turut dipromosikan menerusi laman web wowcuti.my dengan kerjasama beberapa agensi pelancongan di Pulau Pinang bagi menjalinkan sinergi bersama merangka pakej-pakej yang sesuai.

"Walaupun sektor pelancongan kini bergerak perlahan namun, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan kembali industri berkenaan dengan kaedah bersesuaian serta lebih kreatif.

"Lawatan suai kenal ini adalah bagi membolehkan peserta merasai produk pelancongan di Perak sebelum diperkenalkan kepada pelanggan antara Kapal Korek TT5 di Tanjung Tualang, galeri seramik di Gopeng, galeri bijih timah serta warisan geopark," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.