Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin mulai 1 Ogos

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 31 July 2021
Read News

ARAB:

Arab Saudi membenarkan warga asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 mengunjungi negara ini bermula 1 Ogos.

"Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin. Tiada kuarantin diperlukan bagi mereka yang mempunyai sijil vaksinasi," memetik pengumuman Kementerian Pelancongan Arab Saudi di akaun Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, pelancong asing masih perlu mengambil ujian PCR, 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Sehingga kini, negara ini melaporkan sejumlah 523,397 kes COVID-19, sementara 8,212 pesakit telah meninggal dunia, menurut maklumat rasmi.

Arab Saudi memperkenalkan visa pelancong pada September 2019. Pada Mac 2020, pihak berkuasa menggantung sementara pengeluaran visa itu berikutan pandemik COVID-19.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.