empowerNCER Langkawi, UUM beri nafas baharu industri kraftangan Langkawi

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 19 October 2020
Read News

KEDAH:

 Program Kemahiran Kraftangan dan Keusahawanan anjuran empowerNCER Langkawi dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dilaksanakan sejak 15 Ogos lepas dan berakhir hari ini melibatkan 15 peserta bakal memberi nafas baharu kepada industri kraftangan pulau ini.

Pengarah Pusat Kerjasama Universiti - Industri (CUIC) UUM, Dr Shahrina Othman berkata program itu bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran penghasilan kraftangan dan keusahawanan ekonomi seterusnya menjadikan hasil kraftangan sebagai sumber pendapatan kepada peserta.

"Ada dua kumpulan peserta dalam program ini iaitu lapan orang komuniti penganyam mengkuang dari Pulau Tuba manakala baki tujuh lagi terdiri daripada suri rumah, bekas pekerja dalam industri pelancongan yang hilang punca pendapatan dan pemandu teksi pula terlibat menghasilkan kraftangan seperti ukiran kayu, melukis dan mencanting batik. 

Menerusi program ini CUIC UUM melaksanakan perkongsian ilmu dan latihan praktikal kepada peserta terlibat seperti kaedah untuk menghasilkan produk lebih berkualiti serta memastikan kelestarian sosio-ekonomi komuniti setempat. UUM turut melantik dua pelatih yang bertindak sebagai guru kepada kedua-dua kumpulan ini yang melaksanakan bengkel setiap dua minggu pada setiap Jumaat dan Sabtu sejak Ogos," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pameran kraftangan yang berjaya dihasilkan peserta Program Kemahiran Kraftangan dan Keusahawanan anjuran empowerNCER Langkawi yang merupakan program latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan UUM di sini.

Mengulas lanjut, Shahrina berkata empowerNCER Langkawi dan UUM akan terus memantau peserta terlibat bagi memastikan ilmu yang diperoleh sepanjang perjalanan program memberi manfaat.

"CUIC UUM akan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengembangkan kraftangan yang dihasilkan oleh peserta terlibat seperti jualan dalam talian termasuk memastikan harga jualan tidak tidak terlalu rendah seterusnya mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.