MAH Pulau Pinang sokong saranan tingkat had pelepasan cukai pendapatan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 27 July 2020
Read News

PULAU PINANG :

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang menyokong penuh saranan kerajaan negeri agar kerajaan pusat meningkatkan had pelepasan cukai pendapatan bagi perbelanjaan berkaitan pelancongan domestik yang ketika ini ditetapkan pada RM1,000.

Pengerusinya Khoo Boo Lim dalam satu kenyataan berkata langkah meningkatkan had itu akan menggalakkan lebih ramai orang berbelanja, sekali gus menambah pendapatan pengusaha dalam sektor ekonomi pelancongan selepas menerima kesan hebat pandemik COVID-19.

“Kadar penginapan bagi hotel merudum semasa pandemik, dan inisiatif kerajaan amat penting bagi memastikan pengusaha pelancongan terus hidup.


“Sekiranya rakyat Malaysia boleh meraih pendapatan yang lebih menerusi pelepasan cukai pendapatan, ia juga akan menggalakkan mereka berbelanja lebih. Ini akan memberi manfaat kepada ekonomi negara di samping pemulihan industri keseluruhannya.” katanya.

Semalam Exco Pelancongan, Seni, Budaya, dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin, berkata beliau telah membuat saranan itu kepada Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC).


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.