88 syarikat pelancongan, rumah inap dapat pensijilan garis panduan COVID-19

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 9 January 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengiktiraf sejumlah 88 syarikat berkaitan pelancongan dan rumah inap menerusi pemberian Sijil Pematuhan Garis Panduan Patuh dan Amal Mengenai COVID-19 serta prosedur operasi standard (SOP) kerajaan pada akhir 2020.

Dalam kenyataan, MPC berkata syarikat berkenaan merangkumi kategori operator pelancongan pengembaraan dan aktiviti lasak, syarikat ejen pelancongan, tempat dan syarikat penganjuran acara, pengusaha/pemilik produk serta tempat tarikan pelancong.

MPC menerusi Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) telah membangunkan inisiatif itu bagi membantu para pemain industri pelancongan meneruskan aktiviti perniagaan dalam suasana normal baharu. 

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata garis panduan tersebut turut dibangunkan bagi menyokong usaha kerajaan untuk memastikan kalangan perniagaan mematuhi SOP pencegahan penularan pandemik itu.

“Aktiviti perniagaan perlu diseimbangkan dengan langkah pencegahan penularan pandemik dalam memastikan kelangsungan ekonomi serta peningkatan produktiviti.

“Projek perintis yang telah dilaksanakan baru-baru ini juga membuktikan bahawa syarikat masih mampu kekal produktif dengan mematuhi SOP,” katanya. 

Garis panduan tersebut telah dilancarkan pada 14 Julai, 2020 menerusi satu siri webinar berkaitan SOP kerajaan mengenai COVID-19 dalam usaha memberi kesedaran dan maklumat berkaitan pematuhan SOP berkenaan.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.