Airasia food bakal lebar sayap ke Johor, Pulau Pinang bulan depan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 16 February 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Hampir setahun sejak diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, airasia food kini bakal melebarkan sayapnya ke bandar raya utama lain di negara ini bermula dengan Johor dan Pulau Pinang bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Riad Asmat berkata perniagaan itu mencatatkan pertumbuhan sangat positif terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang  dilaksanakan semula antara tempoh Oktober hingga Disember 2020, dan menjanjikan prospek yang baik melangkah ke tahun 2021. 


Beliau berkata di bawah pelan pengembangannya, syarikat itu memulakan program keusahawanan untuk melatih lebih ramai tenaga kerja bagi menampung potensi pasaran pada masa akan datang serta mendapatkan lebih banyak peniaga menyertai platformnya.

“Orang ramai sedang mencari lebih banyak pilihan (perkhidmatan penghantaran makanan) ketika ini dan tawaran kami di airasia food, sama ada daripada perspektif pelanggan dan peniaga, boleh memenuhi keperluan mereka dalam pasaran,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.  

Riad menamakan Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Kota Bharu sebagai pasaran berpotensi seterusnya.

Bagi pasaran antarabangsa, beliau berkata, syarikat itu menyasar memulakannya di Singapura bulan depan, dan pasaran lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand tidak lama lagi. 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.