Bintai Kinden, syarikat Australia jalin kerjasama bangun projek dengan GDV RM470 juta

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 27 January 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Bintai Kinden Corporation Bhd bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di Australia, International Equities Corporation Ltd, untuk mengusahakan bersama dua projek pembangunan dan pengurusan hartanah bercampur dengan kemudahan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan di Melaka dan Pulau Pinang. 

Bintai Kinden akan menerajui projek tersebut yang dibangunkan di dua bidang tanah pegangan kekal seluas 2.16 hektar di Melaka dan Pulau Pinang dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM470 juta.

International Equities pula sebaliknya akan menyediakan perundingan teknikal, perancangan, reka bentuk, pembangunan dan perkhidmatan lain bagi membantu Bintai Kinden membangunkan dan mempromosikan projek. 


Pengarah Urusan Bintai Kinden Ong Choon Lui berkata kerjasama dengan International Equities itu adalah sejajar dengan pelan strategik syarikat untuk meneroka peluang dan mempelbagaikan perniagaannya dengan terlibat dalam pembangunan dan pengurusan hartanah bagi mengukuhkan lagi pendapatan kumpulan. 

“Kami percaya kerjasama itu akan membolehkan kami memanfaatkan pengalaman dan kepakaran International Equities dan mempercepat projek pembangunan hartanah dalam pelbagai segmen pasaran tempatan, serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Ong berkata Melaka dan Pulau Pinang kaya dengan sejarah serta budaya dan merupakan antara destinasi utama pelancongan di Malaysia.

Bagi pemulihan pasca COVID-19, syarikat itu percaya hartanah kediaman adalah barisan hadapan seterusnya yang akan berubah secara radikal menerusi pergerakan holistik dan kesihatan. 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.