Buka sektor pelancongan negeri fasa dua

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 15 July 2021
Read News

MARANG:

Kerajaan Pusat wajar membuka semula sektor pelancongan dan membenarkan makan di dalam restoran di negeri Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris, berkata kira-kira 85 peratus penggiat sektor pelancongan hampir gulung tikar, susulan larangan rentas negeri dan daerah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa Kerajaan Persekutuan, sejak Jun lalu.

Katanya, pengusaha restoran dan kedai makan merungut dan meminta pertimbangan kerajaan agar membenarkan pelanggan untuk makan di dalam kedai.

"Pendapatan pengusaha restoran dan kedai makan juga terjejas teruk dan berada di ambang muflis, selepas pelanggan tidak dibenarkan makan dan minum dalam premis, sejak pelaksanaan PKP Mac lalu.

"Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan dua sektor itu dibuka semula di beberapa negeri yang sudah beralih kepada fasa kedua PPN," katanya pada majlis Raudatul Najihin.

Yang turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holding Sdn Bhd, Mohd Zaid Sulaiman dan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohd Nawawi Rani.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.