Industri pelancongan dijangka sumbang RM3 bilion kepada ekonomi Terengganu

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 30 June 2022
Read News

KUALA TERENGGANU:

 Industri pelancongan dijangka menyumbang RM3 bilion untuk ekonomi Terengganu dengan sasaran kedatangan tiga juta pelancong ke negeri itu pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Sulaiman Sulong berkata secara puratanya, kadar perbelanjaan untuk seorang pelancong ialah RM1,000 dengan purata penginapan selama tiga hari dua malam.

"Sasaran ini agak berkurangan berbanding kedatangan pelancong sebanyak RM5.2 juta yang menjana RM6 bilion untuk ekonomi Terengganu pada tahun 2019 iaitu sebelum berlakunya pandemik COVID-19.


"Namun, jumlah ini adalah realistik dengan situasi semasa kerana negara baru sahaja memasuki fasa peralihan endemik dan Terengganu sedang berusaha untuk mempertingkatkan aktiviti promosi bagi menarik kedatangan pelancong," katanya.

Beliau berkata antara inisiatif kerajaan negeri ialah dengan mengadakan kempen Jelajah Beautiful Terengganu ke beberapa destinasi luar negara antaranya Itali, Switzerland dan Jerman pada bulan lepas.

"Selain itu, kita juga memilih Kedah dan Pahang untuk mengadakan kolaborasi pelancongan domestik antara negeri dengan membawa operator pelancongan hotel, resort dan homestay ke setiap siri jelajah promosi ini. Ia akan diteruskan ke beberapa negeri terpilih dalam masa terdekat.

"Pelbagai pakej pelancongan menarik ditawarkan dalam setiap siri jelajah ini dan impaknya dapat dilihat dengan kadar tempahan penginapan di 36 hotel berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu yang menunjukkan peningkatan sehingga 80 peratus.

"Selain itu, penganjuran beberapa program berskala besar baru-baru ini turut melonjakkan industri pelancongan Terengganu seperti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dan Terengganu Bike Week," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.