Kelonggaran pembukaan sektor pelancongan beri sinar

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 22 February 2021
Read News

PUTRAJAYA:

Kelonggaran kerajaan untuk membuka sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) memberi sinar kepada penggiat dalam sektor itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berharap penggiat industri pelancongan dan kebudayaan dapat bangkit semula dalam situasi yang mencabar ketika ini.

"Saya juga ingin menyeru orang ramai yang akan memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masing-masing untuk terus memberikan sokongan dalam sektor pelancongan negara dan melancong dengan selamat.

"Jadilah pelancong yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa serta mempraktikkan amalan norma baharu," katanya dalam kenyataan.

Katanya, antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.

Selain itu, turut dibenarkan premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan taman tema serta pusat hiburan keluarga.

"Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan SOP lain," katanya.

Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.