Kolaborasi Tourism Selangor Dengan Tourism Malaysia Wilayah Utara

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 25 August 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Pihak Tourism Selangor meneruskan kolaborasi julung-kali dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik secara atas talian, sebagai salah sebuah usaha promosi pelancongan domestik seiring dengan pembudayaan norma baharu.

Sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah, dengan melibatkan wakil agensi pelancongan setempat pada 22 Jun dan 13 Julai lalu; terkini, pada Selasa, telah diadakan pula sesi Webinar bersama pihak Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah, Yoganthiran Manikam.

Aplikasi ‘Zoom’ untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 40 orang yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang serta barisan tenaga pengajar dari Kolej Cosmopolitan, Pulau Pinang.

Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.

Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam satu kenyataa berkata, “Pihak Tourism Selangor akan sentiasa menyokong visi dan aspirasi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan pihak Tourism Malaysia dalam membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi.

Inisiatif menerusi sesi Webinar ini juga diharap dapat meningkatkan kedatangan pelancong domestik ke Negeri Selangor di dalam pembudayaan norma baharu, pada suatu masa apabila pergerakan rentas negeri sudah dibenarkan”.

“Terima kasih juga diucapkan kepada penggiat industri pelancongan khususnya yang bertempat ni utara Semenanjung Malaysia kerana terus fokus dan tidak lelah dalam usaha mengembalikan kegemilangan industri pelancongan Negara”, tambah Azrul Shah.

Sesi webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, turut melibatkan sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tayangan video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah. 

Selain itu, para peserta yang terlibat dengan sesi tersebut turut diberikan sijil penyertaan, di samping telah menerima informasi dan kemas-kini situasi semasa industri pelancongan Negeri Selangor secara terus dari pihak Tourism Selangor serta wakil operator produk pelancongan Negeri Selangor yang terlibat.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.