MOTAC lanjut tempoh kelonggaran syarat syarikat pengendali pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 29 December 2021
Read News

KUALA LUMPUR:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan tempoh kelonggaran syarat diberikan kepada syarikat pengendali pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Selain berkaitan kelonggaran dari segi keluasan premis, ia juga membabitkan kelonggaran kebenaran untuk menjalankan perniagaan lain dalam premis syarikat pengendali pelancongan serta tempoh penyewaan premis perniagaan secara 'co-share office space'.

"Kelonggaran ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 5,467 pengusaha pelancongan berlesen yang menjalankan perniagaan agensi pengembaraan," kata MOTAC dalam kenyataan.

"Diharapkan kelonggaran diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah dihadapi oleh syarikat pengusahaan pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19," tambah MOTAC.

Sebelum ini, MOTAC telah melanjutkan tempoh kelonggaran syarat yang diberikan kepada syarikat pengendali pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta 482 bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.