Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 February 2021
Read News

LANGKAWI:

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia bagi membantu sektor pelancongan pulau bebas cukai itu yang terjejas akibat penularan COVID-19
.
Katanya, kebanyakan kes-kes COVID-19 yang dikesan di Langkawi beberapa hari lepas hanya membabitkan tahanan dalam penjara sahaja.

“Langkawi sendiri tak ada masalah, langkawi zon hijau. Ada kes, tapi itu merupakan kes dalam tahanan.

“Saya harap dapat beri peluang untuk orang yang sihat datang ke Langkawi,” katanya.

Jelasnya, pintu-pintu masuk utama ke Langkawi juga akan memudahkan saringan kesihatan dilakukan terhadap pengunjung.

“Saya yakin orang yang diperiksa tanpa ada sakit dibenarkan datang sini,” tambahnya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.