Pesawat ATR Milik Maswings Terpaksa Berpatah Balik Susulan Terdapat Asap Keluar dari Kabin

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 1 June 2020
Read News

MIRI:

Sebuah pesawat ATR milik MASwings terpaksa berpatah balik dari lapangan terbang antarabangsa Miri ke Labuan yang membawa 29 penumpang petang susulan  terdapat asap keluar dari kabin pesawat tersebut.

Jurucakap dari pusat operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak mengatakan juruterbang telah menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Miri mengenai kejadian itu, berdasarkan maklumat yang diterima 25 penumpang, dua juruterbang dan dua pramugari penerbangan berada di dalam pesawat pada ketika itu.

Dia berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Miri telah mengerahkan anggotanya bersiap sedia untuk landasan sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.32 petang.

"Pesawat itu berlepas dari Miri ke Labuan pada pukul 4.05 petang kemudian  berpatah balik dan mendarat dengan selamat pada jam 4.24 petang. Semua penumpang dan anak kapal selamat," katanya.

Dia mengatakan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Miri mengesahkan tidak ada kebakaran pada pesawat berkenaan tetapi penerbangan itu dibatalkan.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.