Selangor sedia RM2. 55 juta bantu sektor pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 11 June 2021
Read News

SELANGOR:

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.55 juta bagi membantu sektor pelancongan di negeri ini yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan geran bantuan aktiviti pelancongan, baucar pelancongan Selangor 2.0, program latihan pembelajaran pendigitalan serta bantuan kewangan secara ‘one-off’ kepada Persatuan Pelancongan di Selangor.

"Umum mengetahui bahawa sektor pelancongan adalah antara industri yang paling menerima kesan buruk akibat pandemik ini.

"Kerajaan Selangor komited meneruskan agenda pelancongan di samping membantu kelangsungan perniagaan sektor pelancongan di negeri ini," katanya ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 secara 'Live' di Facebook beliau  pada Rabu.

Sementara itu, kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan moratorium bayaran pinjaman Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) selama satu setengah bulan kepada 40,000 usahawan di negeri ini.

Amirudin berkata, inisiatif itu bakal memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta.

Menurutnya, kerajaan negeri memahami kesukaran yang dihadapi peminjam dan usahawan Hijrah akibat daripada pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang mengganggu perniagaan dan aliran tunai mereka.

"Inisiatif ini bakal memberi impak kewangan berjumlah RM 11.35 juta," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.