STAN desak lanjutkan moratorium pinjaman industri pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 15 January 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) meminta kerajaan campur tangan bagi melanjutkan moratorium pinjaman bank hingga Jun ini untuk semua pengiat industri pelancongan yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pusingan kedua di Sabah.

Presidennya Teo Chee Kim berkata golongan tersebut adalah pihak yang paling terkesan berikutan penguatkuasaan arahan untuk mengekang penyebaran COVID-19 itu.

"Sejak PKP pertama pada Mac tahun lalu, industri pelancongan hampir terhenti kerana sempadan antarabangsa terus ditutup, sementara perjalanan antara negeri tidak dibenarkan pada masa ini.

"Untuk industri yang menghasilkan pendapatan berbilion dolar setiap tahun dan memberikan ribuan pekerjaan, saya berpendapat industri ini memerlukan campur tangan segera kerajaan untuk memastikan kelangsungan hidupnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Teo meminta kerajaan membantu industri pelancongan yang ketika ini menghadapi tekanan kewangan akibat wabak COVID-19 sebelum ia mengalami kehancuran menyeluruh.

Beliau juga berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak insentif untuk para pemain pelancongan yang telah mengalami kerugian besar untuk kembali dengan kemahiran baharu bagi bertahan daripada kesan wabak tersebut.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.