Syarikat penerbangan akan diperbanyak di Malaysia

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 13 June 2022
Read News

KUALA LUMPUR:

Syarikat penerbangan di negara ini akan ditambah agar dapat menawarkan pelbagai pilihan dengan kadar tambang lebih berpatutan kepada pengguna.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata dengan penambahan itu, ia bakal mewujudkan persaingan, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Setakat ini, katanya, perkara berkenaan sudah di peringkat pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan diuruskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

"Tidak lama lagi, kita tidak ada masalah kita tambah syarikat penerbangan, kita benarkan. Ini sedang diuruskan oleh MAVCOM.

Katana, langkah itu diambil susulan rungutan ramai pengguna perkhidmatan penerbangan yang melaporkan harga tiket penerbangan sering meningkat.

Dalam pada itu, mengenai rayuan penyedia perkhidmatan bas, bas henti-henti, e-hailing, teksi, feri dan pengangkutan lain yang memohon agar kadar tambang dinaikkan, beliau berkata, perkara itu kini dalam penelitian satu jawatan kuasa khas.

"Kita faham, sebenarnya kita ada satu jawatan kuasa Kabinet yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Jawatankuasa Kabinet ini untuk meninjau kos sara hidup, termasuk aspek pengangkutan. Ia juga termasuk apa-apa kenaikan, perlu dibawa kepada jawatankuasa ini untuk sebarang penelitian," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.