Thai Airways Melanjutkan Penangguhan Operasi Penerbangan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 May 2020
Read News

BANGKOK:

Thai Airways International (THAI) melanjutkan lagi penangguhan operasi penerbangan pada Jun.

Penangguhan itu selari dengan pengumuman Penerbangan Awam Thailand (CAAT) yang melanjutkan larangan sementara untuk semua penerbangan antarabangsa sehingga 30 Jun 2020.

Syarikat sedang menilai situasi global, mengambil kira langkah sekatan pergerakan setiap negara dan permintaan perjalanan. Operasi penerbangan akan disambung semula sebaik situasi COVID-19 beransur pulih. 

Penumpang akan dimaklumkan secara rasmi, pemegang tiket penerbangan dalam tempoh penggantungan operasi boleh menangguhkan perjalanan hingga 20 Disember 2021 tanpa bayaran tambahan.

Syarikat penerbangan turut menawarkan baucar perjalanan atau bayaran balik tunai untuk penerbangan yang terjejas disebabkan penularan COVID-19.

Pada masa ini, Thai Airways hanya menyediakan penerbangan untuk membawa pulang rakyat Thailand dan perkhidmatan kargo mengangkut hasil pertanian.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.