Tiada Sambutan Hari Bandaraya Miri Tahun Ini

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 May 2020
Read News

MIRI:

Tiada sambutan akan diadakan sempena Hari Bandaraya Miri dan Ulang Tahun ke-15 Miri hari ini susulan pandemik COVID-19, kata Datuk Bandarnya Adam Yii.

Beliau berkata sambutan itu sepatutnya menjadi satu acara yang menggembirakan dalam meraikan banyak kemajuan dan pencapaian Miri sejak tarafnya dinaikkan sebagai sebuah bandar raya pada 20 Mei 2005.

“Mercu tanda terkini sepatutnya ialah Dewan Bandaraya Miri baharu yang dijadualkan siap pada 24 Dis tahun ini namun tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, adalah menjadi hasrat Majlis Bandaraya Miri untuk meraikan Ulang Tahun ke-15 Bandaraya Miri pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian apabila keadaan mengizinkan,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.