PAPUH gembira dengan pengumuman Arab Saudi

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 15 September 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menarik nafas lega, selepas Kerajaan Arab Saudi mengumumkan akan membuka pintu sempadan negara itu pada 1 Jan 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, PAPUH menyambut baik perkara itu selepas ramai ahlinya terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sampaikan ada yang terpaksa menutup sementara operasi.

“PAPUH berharap agar Kerajaan Malaysia turut dapat melonggarkan syarat-syarat serta membuka semula sempadan negara bagi ahli-ahli kami, supaya dapat menjalankan perniagaan Umrah pada kadar segera,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden PAPUH Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ahli-ahlinya perlu melakukan persediaan dari segi pakej-pakej serta menyusun kembali tarikh berlepas.

“Bagi bakal-bakal jemaah yang terkesan sepanjang tempoh PKP, diminta untuk menghubungi agensi pelancongan masing-masing, bagi menjadualkan semula tarikh berlepas mereka,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.