Industri pelancongan Melaka kembali pulih

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 8 August 2022
Read News

MELAKA:

Industri pelancongan di Melaka kembali pulih dan menunjukkan perkembangan positif sehingga mampu menarik pelabur dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata justeru, usaha intensif diperlukan dalam mempromosi aktiviti pelancongan negeri sebagai destinasi utama pelancong tempatan dan antarabangsa sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan yang mampu menggamit dunia seperti terkandung di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035).

Katanya RIUH NAU! dengan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) serta kerajaan negeri merupakan antara inisiatif yang memberi peluang kepada pemain industri kreatif di Melaka untuk menonjolkan identiti budaya, adat dan tradisi di negeri ini.

"Sesungguhnya warga Negeri Melaka sangat teruja dengan kehadiran program RIUH NAU! yang berlangsung selama tiga hari, di lokasi tarikan pelancong yang saya kira amat sesuai bersempena Bulan Kebangsaan untuk memperagakan segala kesenian, kebudayaan dan dunia kreatif kebanggaan negeri Melaka.

"Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu lebih banyak warisan budayanya ditonjolkan bukan sahaja kepada dunia luar tetapi juga kepada rakyat kita sendiri yang masih belum mengenalinya," katanya.

    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.