Johor tangguh usaha giatkan semula sektor pelancongan perubatan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 3 May 2021
Read News

JOHOR:

Hasrat Kerajaan Johor untuk merancakkan semula sektor pelancongan perubatan menerusi penubuhan jawatankuasa khas belum dapat dilaksanakan berikutan kekangan penutupan sempadan antarabangsa akibat COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perancangan ke arah itu sudah digerakkan dan kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi pelaksanaannya.

"Kita semua tahu di waktu pandemik COVID-19 ini, sektor pelancongan adalah yang pertama terjejas di Johor dan ia juga akan menjadi sektor terakhir untuk pulih semula.

"Walaupun di peringkat negeri, Johor sudah buka pelancongan untuk pasaran domestik, tetapi selagi sempadan antarabangsa tidak dibuka, pelancong tidak dibenarkan masuk ke negara kita. Jadi, kita tangguh dulu (hasrat merancakkan semula pelancongan perubatan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan penubuhan Jawatankuasa Khas Pelancongan Perubatan Johor oleh kerajaan negeri bagi mempromosikan Johor sebagai hab perubatan serantau.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, perjumpaan bersama pemain industri bagi membincangkan prospek pelancongan perubatan itu dua kali diadakan dan kini pihaknya hanya menunggu masa untuk jawatankuasa terbabit diaktifkan


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.