Kawasan taman Sabah ditutup

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 13 October 2020
Read News

SABAH:

Sebanyak 10 kawasan taman di bawah pengurusan Taman-taman Sabah ditutup kepada orang awam bermula hari ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Taman-taman Sabah Dr Maklarin Lakim menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan itu adalah sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.

Penutupan itu melibatkan Ibu Pejabat Taman-taman Sabah dan Taman Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu; Taman Kinabalu di Ranau; Taman Pulau Tiga di Kuala Penyu; Taman Banjaran Crocker di Keningau; Taman Bukit Tawau di Tawau; Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan.

Selain itu, Taman Marine Tun Sakaran dan Taman Pulau Simpadan di Semporna serta Taman Tun Mustapha di Kudat, katanya.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.