Kemasukan pelancong ke Langkawi terus meningkat

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 13 May 2022
Read News

LANGKAWI:

Dakwaan bahawa industri pelancongan di Langkawi berisiko untuk lumpuh berikutan kekurangan tenaga kerja dalam bidang hospitaliti seperti hotel adalah tidak tepat memandangkan kedatangan pelancong ke pulau peranginan itu terus mencatatkan peningkatan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penerbangan masuk ke Langkawi adalah antara 20 hingga ke 30 sehari dan angka itu lebih tinggi pada hujung minggu dan hari cuti.

Beliau berkata, ketika cuti Hari Raya Aidilfitri ini mencatatkan sejumlah 80,436 orang memasuki pulau peranginan itu bagi tempoh 28 April hingga 6 Mei lepas dengan masing-masing 54,081 orang datang ke Langkawi melalui laluan laut manakala selebihnya menerusi laluan udara.

Trip feri juga semakin baik, sekarang secara purata ada empat trip dari Kuala Perlis dan empat trip dari Kuala Kedah," katanya.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang mendakwa industri pelancongan Langkawi mungkin lumpuh berikutan pulau peranginan itu kini dilaporkan kekurangan tenaga kerja kritikal.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.