Melaka taja caruman insurans 1,130 pengayuh beca, pemandu teksi

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 August 2020
Read News

MELAKA :

Sebanyak 1,130 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka didaftarkan sebagai pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama setahun melibatkan peruntukan berjumlah RM177,636.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata daripada jumlah itu, RM51,090 diperuntukkan bagi pembiayaan caruman insurans kepada 325 pengayuh beca, manakala RM126,546 melibatkan pembiayaan untuk 805 pemandu teksi di negeri ini.

“Skim ini memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan terlibat dan tanggungannya jika berlaku sebarang musibah berkaitan pekerjaan mereka.

“Selain itu, bayaran geran tahunan RM21,000 kepada 21 Persatuan Teksi atau Kereta Sewa di Melaka juga akan ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya ‘Melaka Careertrans 2020’ di sini.

Beliau berkata tajaan itu juga sebagai perangsang kepada pengayuh beca dan pemandu teksi yang terjejas akibat COVID-19 yang turut memberi impak terhadap sektor pelancongan negeri sekali gus memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.