Qatar Mengumumkan Tawaran Kebudayaan Musim Luruh Yang Pelbagai

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 14 June 2022
Read News

DOHA:

Format serba baharu untuk acara kesenian dan kebudayaan di seluruh Qatar telah diumumkan, dengan transformasi Qatar Creates daripada acara tempoh terhad kepada pergerakan kebudayaan nasional sepanjang tahun untuk para penonton tempatan dan antarabangsa.

 Qatar Creates kini akan menjadi satu wadah yang merangkumi semua yang mengatur, mempromosi dan meraikan kepelbagaian aktiviti kebudayaan di Qatar, dengan jadual acara berprofil tinggi, pameran, pertunjukan langsung dan pembukaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, semuanya menjurus ke arah permulaan FIFA World Cup Qatar 2022 dan seterusnya.


Format baharu Qatar Creates dan gambaran keseluruhan persembahan kebudayaan Qatar untuk musim luruh 2022 diumumkan hari ini buat pertama kali oleh Yang Mulia Sheikha Al Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al Thani, Pengerusi Muzium Qatar dan Institut Filem Doha merangkap Pengerusi Bersama Fashion Trust Arabia.

Jadual musim luruh yang belum pernah berlaku sebelum ini menampilkan 17 pameran merentasi lima muzium dan lima hab kreatif, 10 acara berprofil tinggi, tiga festival langsung, 15 ruang rehat Qatar Creates dan lebih 80 pemasangan seni awam di seluruh negara.

"Ketika kiraan detik semakin mendebarkan menjelang pembukaan Piala Dunia, kami berbesar hati untuk berkongsi gambar musim luruh 2022 di Doha, apabila kalendar akan dipenuhi dengan pameran muzium, acara fesyen utama, pengalaman muzik dan teater yang menakjubkan serta pratonton yang menarik perhatian dengan mempersembahkan masa depan budaya menarik yang sedang dibina Qatar", kata Tuan Yang Terutama Sheikha Al Mayassa.

 "One Pass merupakan sebuah gerbang seni dan budaya bagi semua penduduk dan pelawat kami untuk mengakses muzium, acara, perayaan, pengalaman teater dan tawaran kebudayaan di seluruh negara, bersama-sama dengan manfaat untuk menjamu selera, hiburan, pengembaraan dan fesyen. Dengan menyatukan semua ini bersama-sama dengan One Pass, kami berharap semua orang akan berpeluang untuk menikmati bersama-sama, untuk mengalami yang terbaik yang ditawarkan oleh negara kami, menukar pengunjung menjadi duta yang akan berkongsi pengalaman mereka dan mahu kembali ke Qatar lagi dan lagi," katanya lagi.

4Dalam bentuk baharunya, Qatar Creates ialah gerakan kebudayaan serba lengkap yang mengurus, mempromosi dan meraikan kepelbagaian aktiviti kebudayaan di Qatar. Untuk memberikan para penduduk dan pelawat peluang yang tiada tandingan untuk menyelami diri dan merasai sepenuhnya persembahan kebudayaan, masa lapang dan hiburan yang pelbagai di seluruh negara, Qatar Creates telah melancarkan One Pass baharunya, portal dalam talian yang menawarkan sumber setempat untuk semua persembahan kebudayaan Qatar.


Para pemegang pas berperingkat akan menikmati faedah termasuk kemasukan percuma ke semua muzium, diskaun menyertai acara dan persembahan, restoran dan peruncit tempatan serta keistimewaan barisan hadapan. Para pemegang pas juga akan menerima surat berita harian berkaitan acara dan akses ke portal dalam talian yang akan diisi dengan kandungan tentang aktiviti yang berlaku di Doha semasa FIFA World Cup Qatar 2022.
  Untuk maklumat tambahan tentang Qatar Creates dan One Pass, sila layari www.qacreates.com


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.