Sesi Webinar bersama Tourism Malaysia Bertumpu Melibatkan Penggiat Industri Pelancongan Seluruh Negara

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 14 July 2021
Read News

SHAH ALAM :

Meneruskan inisiatif kolabarasi julung kali dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, Tourism Selangor kekal fokus dalam usaha promosi pelancongan domestik secara atas talian, seiring dengan norma baharu.

Jika pada 22 Jun lalu, sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama pegawai pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan serta penggiat industri pelancongan bertempat di selatan tanah air; terbaharu, pada 13 Julai pula telah diadakan sesi Webinar juga dengan tema yang sama bersama pihak  dengan diketuai oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah ,Mohd Izal Bin Mohd Nor.

Aplikasi ‘Zoom’ untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 50 orang yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, serta tenaga pengajar dan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam. Mereka tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan semasa industri pelancongan Negeri Selangor pada sesi tersebut.

Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.

 “Saya melihat kepentingan bagi mengekalkan hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik bagi melipat-ganda usaha untuk membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global,
Covid-19”, kata Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam satu kenyataan.

“Sesi Webinar pada hari ini adalah amat signifikan dalam mengemaskini maklumat dan informasi berkenaan keadaan industri pelancongan di Negeri Selangor serta produk-produk pelancongan di Negeri ini secara terus kepada wakil agensi pelancongan, khususnya yang bertempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan”, tambah  Azrul Shah.

Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah yang
tentunya mengujakan.

Orang awam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” boleh berbuat demikian dengan meletakkan tandapagar #PusingSelangorDulu di hantaran laman media sosial mereka; khususnya yang mengiringi
seleksi gambar atau video pengalaman mereka melancong ke Negeri Selangor.

Dalam pada situasi semasa Negara yang meletakkan kebanyakan Negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Tourism Selangor baru-baru ini turut memperkenalkan tandapagar #ImagineNowExperienceSoon di laman media sosial rasmi mereka.

Ianya bertujuan menggalakkan orang awam bagi mengambil inspirasi dari hantaran dan perkongsian pihak Tourism Selangor mengenai produk-produk pelancongan menarik di Negeri ini; dan hanya merancang percutian ke tempat-tempat berikut setelah tempoh PKP tamat kelak. Namun, adalah harus diingatkan, setiap pelancong di Negeri Selangor perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.